12 Golongan di Akhirat









Terdapat 12 golongan di akhirat kelak :

1.MEREKA YANG TIDAK MEMPUNYAI KAKI DAN TANGAN
Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.MEREKA YANG MENYERUPAI BABI
Ini adalah balasan bagi orang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.MEREKA YANG PERUTNYA BESAR SEPERTI GUNUNG DAN DIPENUHI DENGAN ULAR DAN KALA
Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.MEREKA YANG BERBAU BUSUK SELURUH BADANNYA
Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli.

5.MEREKA YANG KELUAR DARAH DARI MULUTNYA
Inilah balasan bagi mereka yang berdusta.

6.MEREKA YANG DICINCANG-CINCANG PADA TENGKUK DAN BAHU
Ini adalah balasan mereka  yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.


7.MEREKA YANG KELUAR DENGAN TIDAK BERLIDAH DAN KELUAR NANAH DAN DARAH DARI MULUT
Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.MEREKA YANG KELUAR DALAM KEADAAN TERBALIK IAITU KEPALA DIBAWAH DAN KAKINYA KEATAS
Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.MEREKA YANG BERWAJAH HITAM, BERMATA BIRU DAN PERUTNYA PENUH API
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.MEREKA YANG KULITNYA PENUH KUDIS DAN PENYAKIT-PENYAKIT LAIN YANG MENJIJIKKAN
Ini adalah balasanmereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11.MEREKA YANG BUTA MATANYA DAN HATINYA, GIGINYA SEPERTI TANDUK, BIBIRNYA BERJUNTAI HINGGA KE PERUT, DARI PERUT DAN PEHANYA KELUAR KOTORAN
Ini adalah balasan mereka yang minum minuman keras.

12. MEREKA YANG WAJAHNYA BAGAIKAN BULAN PURNAMA, BERJALAN DIATAS TITIAN MUSTAQIM LAKSANA KILAT.
Ini adalah ganjaran orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.

P/S : Semoga kita berada di golongan yang ke-12. Berdoalah agar hidayah kepada kita tak putus-putus dariNya. Amin!

LIKE . SHARE . COMMENT.

Sincerely by :

No comments:

Post a Comment

© Created by Alep Darling - 2011