Yahudi Merosakkan Umat Islam dengan 3 F.










F - Food
*Asalkan ada tanda halal je boleh dimakan atau diminum tetapi kita tak lihat bagaimana pemprosesan mknan tersebut & kemana sumber tu nanti.
Contoh Barbican & Istak.

Allah berfirman.


“Artinya : Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi” [Al-Baqarah : 168]


Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka).
 (Surah Al-Maaidah, Ayat 5)



F - Fashion
*Pakai ketat-ketat. Pakai tudung tapi nampak lengan, tudung separuh mcm tudung saji (Artis, biasalah kan?^^). Macam kain limited edition je. Darurat ke? Umat Islam sendiri yang merosakkan agama Islam sendiri! MasyaAllah.

Allah SWT berfirman :-
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)


“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan(kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."(Surah An-Nur, Ayat 31)



F - Fun
*Tidak salah untuk kita berhibur dengan diri sendiri & rakan-rakan tapi berpada-padalah. Allah S.W.T tak menghalang hambaNya berhibur tetapi jangan sampai lupa Allah S.W.T.  Itu akan menaikkan kemurkaan Allah S.W.T kerana hiburan lagi penting dariNya.

Dari Abi Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan ada dari umatku segolongan manusia yang meminum arak dengan mereka menamakannya dengan nama lain, kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita. Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian mereka kera dan babi.


(Riwayat Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, at-Tabrani dan al-Baihaqi. Lihat; al-Jami’ as-Saghier (Imam as-Suyuti), hadis no. 7706).


Dalam Soheh Imam al-Bukhari, lafaznya ialah;
“Akan ada di kalangan umatku satu kaum yang akan menghalalkan penzinaan, sutera, arak dan bunyi-bunyian” 
(Riwayat Imam al-Bukhari dari Abi Musa al-Asy’ari, kitab al-Asyribah, bab Ma Ja-a Fi Man Yastahill al-Khamr wa Yusammiihi bi Ghair Ismihi, no. 5268).


Kesimpulannya sebagai umat Islam, berhati-hatilah terhadap 3F ni, semoga kita tak terjerumus secara berterusan kepada kemurkaan Allah S.W.T lalu dicampakkan ke dalam neraka Jahanam. Kongsilah untuk pengetahuan umat Islam semua. Moga hidayahNya diberi kepada mereka yang terlintas hatinya untuk berubah kerana Allah S.W.T. Amin.


P/S : Maaf jika ada terkasar bahasa atau silap . Apa2 boleh tinggalkan komen dibawah. Thanks.

LIKE . SHARE . COMMENT.

Sincerely by :

2 comments:

© Created by Alep Darling - 2011