cantik kan lukisan aku? hihihi |
لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ
Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, 'kami beriman' sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahui-Nya mengenai orang yang berdosa."
(Q.S.Al-Ankabut : 2-3)
"Daripada Anas, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, maka diuji. Barangsiapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barangsiapa yang marah (tidak reda), maka Allah murka kepadanya."
(Hadis Riwayat Imam At-Tarmizi)
Alip harap keluarga alip jauh atau dekat gembira dengan perubahan alip sekarang ni . الحمد لله hidayah daripada Allah S.W.T yang tak disangka ni. Setiap fardhu pasti alip akan doakan keselamatan dan kemurahan rezeki keluarga dan hidayah diberikan kepada keluarga tercinta. Menadah tangan dengan tak putus-putus berdoa kat Allah S.W.T. untuk korang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke syurga. Jumpa di Jannah yea. آمين
Aku pasti akan rindu saat-saat kita SAHABAT. |
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Kemuliaan ialah serban-Ku dan kesombongan ialah sarung-Ku. Sesiapa yang menandingi-Ku dalam kedua-dua sifat itu, nescaya Aku akan melemparkannya ke dalam neraka.'"
(Riwayat Abu Daud)
Muslimin dan Muslimat : Sebagai umat nabi Muhamad S.A.W kita tak boleh lari daripada Sunnath & Al-Quran sbg petunjuk hidup. Janganlah sesekali tinggalkan solat korang. Mungkin korang tak rasa kesakitan tu tapi bila kita beriman kita akan takut akan ayat-ayat Allah s.w.t. Paling penting doakanlah utk ibubapa korg yang penat lelah yang menjaga korg. Kita tak dapat balas jasa mereka dengan wang ringgit. Doa dorang sentiasa dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Berjasalah pada mereka, kita perlukan keredhaan mereka dan jangan derhaka dengan mereka wlaupun ayat 'ah', kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Terima kasih kepada guru, ustaz dan ustazah serta kawan-kawan yang mengajarku erti Islam. Aku bangga sangat Allah pertemukan dengan saudara Islam sama ada lelaki atau wanita. Aku bukanlah anak terbaik, tapi hadiah yang terbaik aku mampu beri setiap hari adalah 'DOA'. Hope korg paham ape yang aku ingin sampaikan. آمين
Dan tidak ada seorang pun darimu, melainkan didatangkan kepadanya neraka. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang yang bertakwa dan membiarkan orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.
(Al-Quran, surah Maryam : 71-72)
Rasulullah bersabda, “Solat itu tiang agama sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.”
(Imam Al-Baihaqi )
"Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, yang
keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang
diperintahkanNya."(At Tahrim : 6)
تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة رسوله
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya."
(Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).
(Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).
Ya Allah , aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta akan perbuatan yang dapat mendekatkan diriku kepada cinta-Mu.
(HR At-Tardmizi)
Manfaatkan Umur dan Kehidupan Sebaik-baiknya
Demi Masa.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
(Al-Quran, surah al-'Asr : 1-3)
Wassalam.
HALALKAN MAKAN MINUM SAYA . MAAFKAN SAYA . DOAKAN SAYA . TERIMA KASIH
Sincerely by :
No comments:
Post a Comment