Showing posts with label azab meninggalkan solat fardhu. Show all posts
Showing posts with label azab meninggalkan solat fardhu. Show all posts

Teka Teki Imam Ghazali








Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

(Teka Teki ) :

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

LIKE . SHARE . COMMENT.

Sincerely by :

AZAB !









Azab apa? Azab meninggalkan Solat Fardhu. Renung-renungkanlah wahai umat Islam.

Buat renungan kita bersama, barang siapa yang meninggalkan solat fardu, seksanya umpama..
Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.(Allah, sedangkan api kecik pun dah pedih apatah lagi api neraka jahanam?)
Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam. ( tipu lah kalau tak rasa berdosa)
Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah. (Dimana arah kita bersujud ketika solat)
Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri. (Berzina dengan mereka yang melahirkan kamu. 
Astghafirullah al-Azim!) 
Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa.(Segala-galanya bedosa)
Kata hati :
Dari pandangan aku, zaman sekarang memang sukar untuk mengajak orang buat KEBAIKAN. Tapi bile dalam bab KEJAHATAN. Fuh, laju cm speed Bugati (kereta no.1 paling laju) ble nak buat bnde tak elok. Janganlah nak menafikannya sedangkan itulah hakikatnya pada akhir zaman sekarang ni.





Sedangkan Allah berfirman :



 Ustaz Azhar Idrus :



Aku bukannya takbur pasal agama, aku pun manusia yang hina juga. Jahil tentang agama. Tak mulia mana pun, hanya untuk berkongsi pandangan. 
Berdoalah semoga rakan-rakan kita mendapat hidayah drpd Allah S.W.T bukannya mencaci mereka. AMIN.



Sincerely by :

© Created by Alep Darling - 2011