"Di hari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia,
"Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada pada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu?
Tidakkah Aku kurniakanmu umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan?
Bukankah Aku telah kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa untuk kamu habiskan harta itu?
Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan."
< Al-Hadis >
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." (Surah Yasin : 65)
Syeikh Yusuf Estes? Korang pernah dengar tak nama insan terhebat ini? Aku pun baru mengenali wujudnya insan hebat ini. Bagi aku memang 'tabik spring' pada beliau kerana mempunyai ciri-ciri modal insan yang amat tinggi. Bila aku tengok cara beliau menyampaikan sesuatu kebenaran tentang Islam terutamanya soalan ditanya oleh orang bukan Islam. Mengapa Islam itu agama benar, kenapa Al-Quran beritahu suruh itu ini dan lain-lain.
Syeikh Yusuf Estes adalah seorang cendekiawan terkenal tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan risalah bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada manusia.
Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.
Midwest, USA
Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah di Midwest ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.
Semasa di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri gereja dan saya telah dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas.
Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi.
Namun, pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, Yahudi, Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya kaji. Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan.
Bagaimanapun, saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel dan Klasikal. Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, ia secara tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. Semua ini membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana saya menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard pada 1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, Maryland yang diberi nama Estes Music Studios.
Muzik amat sinonim dengan institusi gereja
Sepanjang 30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai program hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas, Oklahoma hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun sukar untuk mendapat ketenangan fikiran.
Persoalan seperti; "Mengapa kita diciptakan Tuhan?", "Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan?", "Siapa Tuhan sebenarnya?" dan "Kenapa kita percaya dengan dosa sebenar?" sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah 'misteri' dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.
Prayer Tower di Tulsa, Oklahoma.
Suatu hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa, Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.
Ayah saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam program sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan ibu tiri saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah membantu pembinaan Prayer Tower di Tulsa, Oklahoma. Mereka berdua juga terlibat mengedarkan kaset-kaset ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan rumah pesara.
Namun pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan menyuruh saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak keberatan apa lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, penculik dan pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai Tuhan, yang mereka tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan menyembah kotak hitam di tengah padang pasir.
Tidak! saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak dengan mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan permintaannya, akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas ke gereja, membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis 'Nabi Isa adalah Raja'. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam pertemuan itu.
Saya terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah, serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti, orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya. Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, 'menyelamatkannya' .
KETUHANAN
Saya banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej tentang agama kami.
Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di rumah besar kami.
Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.
Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu . Ini satu yang baru bagi saya.
Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.
Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.
Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran Islam.
Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun akhirat.
Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.
Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam."
VIDEO
Okay , aku ingin kongsi video durasi selama dengan korang dari mana aku mula kenal Syeikh Yusuf Estes ini.
Dari video ni aku mula kenal dengan kredibiliti beliau sebagai seorang pendakwah, dari cara dia berdakwah boleh membuka hati mereka bukan Islam untuk terima Islam. Terima kasih kepada Saia Nana sebab kongsi video yang membuat aku mengalirkan air mata tanpa henti. Semoga Allah merahmati mu, saudara Islamku.
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (Al-Qashash :56 )
سبحان الله!
الله أَكْبَر!
Sumber : http://zharifalimin.blogspot.com/2009/10/funny-convert-story-told-by-yusuf-estes_16.html
Macam inilah اَللّهُ membantu hamba-hambaNya
......
.....
Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.
Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.
Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!
Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.
Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi…
Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi.
Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.
Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul…
Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita…
“Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah…) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)”
“Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah… Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam”
“Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah… kerana اَللّهُ yang jadikan langit dan bumi.”
“Ayam tu sebenarnya soalan bonus… apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur… betullah…Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami Islam sepenuhnya, serta menyebarkannya”
Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita…
“Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea…? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia.”
“Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah… dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi… mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam… Hamba pun mampu… walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk Islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi…”
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan… Walau dengan cara apa sekalipun Islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela..
إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ [22:38] Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur. sumber : Helmi Solihin
"Dengan namaMu Ya Allah aku mulakan wasiat ini, kepada junjungan kami Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w aku berselawat.
لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ
Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
Keluargaku : Alip meminta maaf jika selama alip hidup di muka bumi ini saya banyak menyusahkan papa, mama dan kakak. Tak mintak pun kesusahan ini semua. Mintak maaf ikhlas dari semua. harap semua maafkan saya. Terima kasih atas keikhlasan korang. Orang beriman takkan diuji pabila mereka kata aku percaya Allah tetapi tak diuji kan? Tak, tidak sama sekali .
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, 'kami beriman' sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahui-Nya mengenai orang yang berdosa."
(Q.S.Al-Ankabut : 2-3)
"Daripada Anas, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, maka diuji. Barangsiapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barangsiapa yang marah (tidak reda), maka Allah murka kepadanya." (Hadis Riwayat Imam At-Tarmizi)
Alip harap keluarga alip jauh atau dekat gembira dengan perubahan alip sekarang ni . الحمد لله hidayah daripada Allah S.W.T yang tak disangka ni. Setiap fardhu pasti alip akan doakan keselamatan dan kemurahan rezeki keluarga dan hidayah diberikan kepada keluarga tercinta. Menadah tangan dengan tak putus-putus berdoa kat Allah S.W.T. untuk korang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke syurga. Jumpa di Jannah yea. آمين
إن شاء الله
Aku pasti akan rindu saat-saat kita SAHABAT.
Sahabat & Rakan : Kepada sahabat/kawan disayangi, terlebih dahulu aku nak mintak maaf kalau aku ni bersikap sombong kat korang. Aku tak tau kenapa aku jadi macam ni lately? Aku tak dapat jawab. Kalau korg tegur إن شاء الله aku akan bagi respon. Sessape yang perasan aku dari jauh tegurlah, penglihatan aku tak berapa baik. Pendengaran pun tak berapa jelas harap capang je, bile org tanye byk kali aku cakap "hah?". Mcm org tua kan?HAHA! Maaf la kalau korg xdpt dengar bebelan aku lagi. hehe. Lately aku tak tau knape asyik sedih je, nak mengalir je air mata bile fikirkan nasib Akhirat orang lain. Takut sangat. hihi. Tapi nasib Akhirat aku ada orang fikir?hm. Aku mintak maaf aku ni byk layan perempuan dr lelaki tp aku bukan jenis mcm tu. Aku taknak jadi manusia yang sombong. Aku ni manusia hina. Dosa pun xpernah terlepas. Tak layak dipuji-puji. Jika dipuji ucapkanlah الحمد لله jika dipuji, semuanya hak Allah. Selain tu, fahamilah seseorang tu sebelum menilainya, ikutlah dia 24jam so kita akan tahu baik buruknya seseorang tu. إن شاء الله . Jangan tinggalkan solat yea kawan-kawan. doakan utk ibubapa korg tu. Hm, aku minta maaf jika aku ade janji ape-ape tp tak tunaikan cakaplah aku cuba jika sempat tak maafkan eh? Akhir sekali, kata-kata aku selama ini membuat korang terguris hati, who does any wrong right? Forgive me friends. I forgave you all before sleeping. آمين Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Kemuliaan ialah serban-Ku dan kesombongan ialah sarung-Ku. Sesiapa yang menandingi-Ku dalam kedua-dua sifat itu, nescaya Aku akan melemparkannya ke dalam neraka.'" (Riwayat Abu Daud)
Muslimin dan Muslimat : Sebagai umat nabi Muhamad S.A.W kita tak boleh lari daripada Sunnath & Al-Quran sbg petunjuk hidup. Janganlah sesekali tinggalkan solat korang. Mungkin korang tak rasa kesakitan tu tapi bila kita beriman kita akan takut akan ayat-ayat Allah s.w.t. Paling penting doakanlah utk ibubapa korg yang penat lelah yang menjaga korg. Kita tak dapat balas jasa mereka dengan wang ringgit. Doa dorang sentiasa dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Berjasalah pada mereka, kita perlukan keredhaan mereka dan jangan derhaka dengan mereka wlaupun ayat 'ah', kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Terima kasih kepada guru, ustaz dan ustazah serta kawan-kawan yang mengajarku erti Islam. Aku bangga sangat Allah pertemukan dengan saudara Islam sama ada lelaki atau wanita. Aku bukanlah anak terbaik, tapi hadiah yang terbaik aku mampu beri setiap hari adalah 'DOA'. Hope korg paham ape yang aku ingin sampaikan. آمين
Dan tidak ada seorang pun darimu, melainkan didatangkan kepadanya neraka. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang yang bertakwa dan membiarkan orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. (Al-Quran, surah Maryam : 71-72)
Rasulullah bersabda, “Solat itu tiang agama sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.” (Imam Al-Baihaqi )
Allah S.W.T: Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Razak. Ya Mutaqqabir. Inilah nama-nama yang sering aku ucapkan dalam doa selepas solat fardhu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku di muka bumiMu ini. SesungguhNya aku hambaMu yang hina, tak sempurna melainkan junjungan kami Rasulullah S.A.W. Aku tak layak ke syurgaMu tetapi aku takut akan seksaan api nerakaMu yang bahan bakarnya adalah manusia dan berhala! Bukalah pintu hati mereka yang tidak mahu maafkan ssalah & khilafku moga roh aku tidak tersekat diantara dunia dan Akhirat. Maafkanlah perbuatan-perbuatan tidak baik selama hidupku ini. Aku manusia hina. Masya'Allah. Jauhilah aku dari kepanasan yang tak terhingga itu Ya Allah! الحمد لله kerana memberi hidayah dan kesedaran ini, atas dugaan & ujian Engkau berikan selama kehidupan di duniawi, الحمدلله juga atas nikmatMu kepadaku. الحمد لله kerana memudahkan diriku ini mengalirkan air mata pabila kenangkan dosa-dosa lalu dan membaca KalamullahMu. الحمد لله kerana menghantar aku 'seseorang' yang boleh membuat ku tenang dan tidak takut akan ujian-ujian dariMu serta mengingatkan tentang ilmuMu setiap hari. Bila mengadu kepadanya dia dapat menjawab semua soalan aku. Sukar untuk temui insan sepertinya. Biarkanlah kami kekal selama-lamanya. Ya Allah, jangan biarkan aku menjadi kufur dan sesat. Aku tahu Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Lindungilah aku. Terima kasih Ya Allah, aku sangat merindui syurgaMu. آمين .
"Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, yang
keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang
diperintahkanNya."(At Tahrim : 6)
تركت فيكم أمرين لن تضلواما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة رسوله
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya."
(Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).
Ya Allah , aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta akan perbuatan yang dapat mendekatkan diriku kepada cinta-Mu. (HR At-Tardmizi)
Manfaatkan Umur dan Kehidupan Sebaik-baiknya
Demi Masa.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
(Al-Quran, surah al-'Asr : 1-3)