Showing posts with label ucapkanlah. Show all posts
Showing posts with label ucapkanlah. Show all posts

Ucapkanlah apabila berwudhu ..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Mulakan Dengan Kalimah Bismillah.

Kat sini nak kongsikn sikit ilmu mengenai wudhu' ni. Ucapkanlah kata-kata ni bila apabila mengambil wudhu' , moga kita boleh tambah pahala. InsyaAllah. Maaf sebab lambat post. 
hehe ᵔ ᵜ ᵔ"

1. Pada permulaan berwudhu' kita mestilah ucapkan 'Bismillah' بسم الله (Dengan Nama Allah).
 
2. Kumur
-"Ya Allah, jauhilah mulut ku ini daripada kata-kata tidak elok." 
 
3.Hidung
-"Ya Allah berikanlah aku peluang untuk mencium bau syurga di Akhirat kelak." 
 
Niat Wudhu :
"Sahaja aku mengambil wudhu' kerana Allah Ta'ala"

4. Muka
"Ya Allah, jadikanlah muka ku ini bercahaya di Akhirat kelak."

6. Tangan kanan
-"Ya Allah berikanlah aku buku catatan melalui tangan kanan di Akhirat kelak."

7. Tangan kiri
-"Ya Allah janganlah biarkan diri ku menerima buku catatan melalui tangan kiri di Akhirat kelak."
 
8.Kepala
-"Ya Allah, lindungilah aku daripada terikan panas matahari di bawah ArasyMu di Akhirat kelak."
 
9. Telinga
-"Ya Allah, jauhilah aku daripada kata-kata ghibah (mengumpat)."
 
10. Kaki kanan
"Ya Allah, permudahkanlah aku untuk melintasi Titian Sirat."
 
Kaki kiri
"Ya Allah, jangan biarkan diriku tergelincir ke dalam api neraka bersama manusia-manusia yang kufur"

Doa Selepas Wudhu' :
"Ya Allah, maafkanlah aku. Jadikan aku manusia suci dan bersih.Amin."

Hadith :
Ibnu Umar berkata, “Menyempurnakan wudhu berarti mencuci anggota wudhu secara sempurna.”[9]
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)


LIKE . SHARE . COMMENT

Sincerely by :

© Created by Alep Darling - 2011